Runtime : 30 mins per episode (32 episodes).
Genre : Medical / Forensic / Mystery / Investigation
Country : South Korea
Kalau korang tengok hero cerita ni mesti tak menarik nak tengok sebab ye lah pelakon tua dan bukan stok handsome macam So Ji Sub atau Gong Yoo. Tapi.... don't judge a drama by the ahjussi ok. Sebab menyesal kalau korang tak tengok cerita ni... Best gilaaaa!
By the way drama ni ada nama lain which is Partner for Justice, So kalau korang nak google, boleh lah try serach nama ni, in case tak jumpa.
Casts :
Pelakon utama untuk drama ni ialah Jung Jae-Young as Dr. Baek & Jung Yoo-Mi as Procecutor Eun Sol. Actually, aku tak fond sangat with any of them, So masa first time tau pasal cerita ni aku bersifat neutral je lah. Tak excited sangat, which is good. Sebab aku tak ada any expectation pun..haha
Supporting actors yang lain, ramai jugak yang biasa tengok dekat drama, macam Lee Yi-Kyung, Park Eun-Seok, Stephanie Lee, Ahjussi Park Jun Gyu dan ramai lagi.
Comment :
Drama ni mengisahkan tentang medical examiner yang melakukan autopsy terhadap mayat untuk mengenalpasti punca kematian, selalunya yang bermotifkan pembunuhan la. Starting drama ni ko akan rasa annoyed sikit dengan prosecutor Eun Sol tu sebab dia baru, so banyak lah scene dia bergaduh dan tak bersependapat dengan Dr. Baek. Dr. Baek pula jenis yang suka sound orang setepek. Tak kira lah ko chief prosecutor ke pe kalau dia rasa ko salah, memang kena punya. HAHA.
Tapi, memang semua yang dia sound tu betul. Tu yang geram tu dan dia suka cakap benda yang fact je. Jangan nak exaggerate. Nanti mesti dia akan tanya, do you write a novel?hehe
Dalam banyak-banyak kes yang dorang selesaikan, aku paling terkesan dengan kes adik beradik yang berebutkan insurance & harta ayah dorang. kes tu best sebab setiap daripada mereka ada menyumbang kepada faktor kematian pakcik tu. Tapi last sekali…..korang mesti tak sangka punca sebenarnya. (Aku dah agak lah sikit.. tapi still amazed jugak)
Kes kematian Detective Seo & bekas tunang Dr. Baek pun best lah jugak Cuma aku macam “errrk” sikit bila tunang dia sebenarnya hidup lagi. Tapi…ok lah tak mencacatkan cerita sangat pun.
Recommendation :
Kalau korang peminat cerita investigation & medical macam aku, memang patut tengok cerita ni sebab pace cerita ni cepat. Tak draggy sangat. Sekejap je ko akan rasa kes dia selesai. Since cerita ni dah habis lama, so korang boleh lah binge watch selama 16 jam. HAHAHA. Definitely korang akan non stop tengok sebab ko nak tau what will happen next. Percaya lah aku cakap ni. :D
Rating :
8.5/10
Ok.. See you in the next post!
Toodles..
No comments:
Post a Comment