Friday, November 27, 2020

Stranger 2 (2020) | Drama Review

Release Date : August 15 - October 4, 2020
Runtime         : 1 hr per episodes (16 episodes)
Genre            :  Mystery / Crime / Investigation
Country         : South Korea

Seperti yang aku janjikan, harini aku nak review Stranger 2, sequel drama Stranger yang ditayangkan 3 tahun lepas. Masih lagi berkisarkan tentang penyiasatan & kegiatan jenayah. Tapi, unutk season 2, kita dapat tengok pihak Prosecutor's Office bergaduh dengan National Police Agency. haaaa.. lain sikit lah daripada musim lepas. kan?



Casts :

Terdapat beberapa pelakon baru yang membintangi season 2 ni iaitu Ahjussi Choi Moo-Sung (ayah Park Bo Gum dalam Reply 1988) sebagai chief procecutor Woo Tae-Ha, Kim Young-Jae sebagai prosecutor  Kim Sa-Hyun, Jeon Hye-Jin sebagai Chief Choi Bit. Watak Procecutor Hwang Si Mok masih di lakonkan oleh perlakon sama, manakala watak Han Yeo-jin dalam season 2 ni dah naik pangkat daripada Lieutenant ke Inspector.





Comment :

Macam aku cakap dekat intro tadi, dalam season 2 ni 2 kuasa besar untuk unit siasatan ni bergaduh sebab satu pihak nak discretionary power over semua process penyiasatan, satu lagi pihak nak autonomous authority suring the investigation & independent from the prosecutor's office. So, agak susah lah untuk Prosecutor Si Mok & Inspector Han nak proceed the investigation. 


Lepas tu, Prosecutor Seo boleh pulak kena kidnapped & kena campak dekat tepi gunung. Scaryyy... Tapi best bila tengok both Prosecutor Si Mok & Inspector Han tumbangkan their bosses yang degil nak mampus & rupanya ada rahsia silam tu. Kemain je dorang gaduh, rupanya tag team nak conceal 1 kes pembunuhan kat villa tu. Tapi yang aku geram tu, semua ni ada kaitan dengan Hanjo Group tu balik. Aku harap season 3 nanti, minta-minta lah Prosecutor Seo tu reveal je lah Hanjo's involvement with the previous prosecutor. penat tau cliff hanging macam niiiii...



Recommendation :

Overall cerita, aku rasa season 1 lagi best tapi kalau nak compare kan ending, Season 2 ni lebih menyayat hati la, especially masa scene mimpi Prosecutor Si mok tu,  sedih wehhh.. Nasib baik lepas Inspector Yeo-jin dengar Prosecutor Si Mok explained pasal mimpi dia, dia dapat rasa yang Prosecutor Yoon Se-Won macam nak bunuh diri. Dia terus pergi melawat prosecutor tu dekat penjara & bagi kata-kata semangat supaya dia batalkan niat bunuh diri tu. huuu~


Lepas tu yang bestnya sebab dalam season ni korang akan dapat tengok Prosecutor Si Mok yang emotionless, loss of empathy & lack of social skills tu dah pandai tunjuk kemarahan dia during interrogation session & episode last tu tak dangka weh dia senyummmmm. Cute gila. So, ye aku highly recommend korang tengok drama ni untuk tengok cerita ni dan tengok sendiri scene scene yang aku highlight ni. haha. (Romantic scene tak wujud ye dalam drama ni. Harap maklum.)

Rating :

7.5 / 10


Toodles!

No comments:

[..Lovelies..]