Friday, November 6, 2020

Pura Lempuyang Temple, Bali | Gate of Heaven | Bali Trip (2020) | Travel

Hello!

First on our list for the Bali trip of course la Gate of Heaven, Pura Lempuyang Temple.  

Sebelum pukul 4 pagi kitorang dah suruh supir ambil dekat Hostel siap dah check out terus angkut luggage HAHA. Sebab takut lambat nanti orang ramai. Haritu tengok dekat twitter ada orang share nombor giliran dekat seribu lebih. Gilaaaa.

Perjalanan patutnya memakan masa lebih kurang 3 - 4 jam daripada Kuta. Sedap lah berangan nak sambung tidur dalam van, tapi rupanya supir bawak laju gilaaaa ok. Nasib baik jugak kitorang datang on weekdays & bukan time public holiday... huhuhu.. Kitorang sampai sebelum pukul 6 pagi. Parking pun kosong. Yesss!! 

Tiada harga yang ditetapkan untuk tiket masuk,hanya bayar ikhlas seadanya tapi, wajib sewa sarong berharga 10k Rp kalau korang tak bawak sarong sendiri.

Nak ke Lempuyang Temple ni, kena mendaki sikit dalam 5 - 10 minit daripada pintu masuk. Sikit je laaahh. Tapi korang tak payah lah beriya sangat nak pakai heels ye.. pakai flat sudehhhhh.




Sampai kat pintu masuk temple, kitorang di beri nombor giliran. No 2 ok! hahahahahahahah.. out of thousands (maybe). Gigih tak gigih laaaaa... berbaloi bangun pagi-pagi buta dapat nombor awal.

So kitorang tunggu je dekat tepi tu sementara pekerja-pekerja temple mengemas tempat sembahyang dorang & sementara menunggu matahari terbit. Ye lahhh...tak kan nak ambil gambar time gelap gelita kan.. Gunung Agung pun tak nampak lagi.

Dalam pukul 7 pagi macam tu, orang dah start ramai. lepas tu aku ada dengar sorang sami Buddha ni tanya dekat his supir "Kolam nya mana?" Lepas tu guide tu jawab.. "Kolam nya ngakk ada".......aku terus gelak wehhh. HAHAHA

Ye kawan-kawan sekalian, sila jangan tertipu. Reflection yang korang nampak dalam gambar-gambar gate to heaven tu bukan dripada kolam yang di penuhi air ye... hanyalah reflection daripada kaca je.. Photo tricks gituuu 😆😆😆





Keadaan sebenar gate to heaven tu hanyalah temple statues & pintu masuk yang menghadap Gunung Agung semata-mata. Tu yang orang sanggup tunggu sampai beribu nombor giliran tuuuuu.. Even masa kitorang nak balik & selesai bergambar dalam pukul 7.30 pagi tu, dekat 100 orang dah mula beratur tunggu giliran. Belum pukul 8 pagi lagi tau.

hikhikhik.

Turun dari Lempuyang Temple tu korang boleh lah singgah tempat "foto-foto" yang berada di bahagian kaki bukit Temple,  berdekatan parking lot. Dalam 10k Rp per person kalau tak silap, tak ingat dah.. 😛😛😛



So, kepada yang nak teringin nak ambil gambar macam aku ni & tak rajin nak beratur lama-lama, sila lah bangun awal! Kalau korang sampai dalam pukul 9 - 10 pagi macam tu. memang jangan harap lah dapat parking yaaa... mungkin kena park kereta dekat kaki bukit. berhuhuhuhu je lah korang dengan supir nanti..😛😛😛


Ok..tu je untuk kali ni, next post aku sambung cerita pasal Tirta Empul Temple pula.

Sementara tu, jemput lah tengok video aku ni, so that korang faham kenapa sami tu tanya "Kolam nya mana???" hahaha


Toodles!



 

No comments:

[..Lovelies..]