Hello!
Selepas puas berjalan-jalan di Amsterdam, kitorang naik overnight bus dan terus gerak ke Frankfurt. Di sebab kitorang sampai Frankfurt Central Station pagi pagi buta, terpaksalah kitorang seret luggage dan lepak sekejap dekat the nearest Starbucks sementara tunggu kedai-kedai lain bukak dalm pukul 9.00 pagi. Tak ingatlah macam mana kitorang boleh tersampai awal sangat, maybe pakcik bus tu bawak 200km/h kot. Haha.
Mula-mula tak plan pun nak book hotel dekat Franfurt sebab kitorang nak buat day trip je, jalan-jalan around town kejap lepas tu naik overnight bus ke Zurich. Tapi, disebabkan cuaca sejuk sangat masa tu, kitorang booked lah jugak 1 bilik 3 katil dekat Frankfurt Hostel. Konon-konon just nak letak luggage & mandi sebelum ke Zurich.
Since memang plan nak day trip je, so dekat Frankfurt kitorang just strolling around dekat Frankfurt Central Station, pergi Euro Sign, Shopping dekat Primark (sebab my gloves asyik hilang & tinggal sebelah je..Lol) sampai I terpaksa beli 1 more luggage sebab beli barang banyak sangattttt...=.=
Habis shopping, kitorang pun balik hostel nak rehat sekejap & bersiap sebab tiket bas kitorang beli dalam pukul 8 malam kalau tak silap.
Aku dah siap mandi dalam pukul 4.30 pm. so.. nap sekejap lah, konon-konon penat jalan & heret luggage aku yang baru beli petang tu. 2 lagi kawan aku pun tidur jugak. Plannya nak bangun pukul 7.15pm sebab bus station memang depan hostel je.
Sekali........ Hamek kau... dekat pukul 10 malam rasanya baru one of my friend terjaga lepas tu jerit.. "Bodoh. bodoh. kita dah terlepas bas. bangun!" hahahahahhahahhaa. 2 jam dah terlepas ngekkkkkk.. Rasanya memang kitorang bertiga lupa set alarm rasa nya. Atau pun aku set alarm tapi lepas tu snooze or tutup terus. errrrr..
Kelam kabut kitorang bangun, fikir macam mana nak pergi Zurich ni. Sebab kitorang dah book transport ke Mount Pilatus. So by hook or by crook kena jugak sampai Zurich sebelum tengahari. Kebetulan hostel tu ada provide computer dekat lounge. Kitorang terus book the earliest bus on the next day dan Alhamdullilah kitorang tak terlajak tidur lagi. :P
Ini je pengalaman dekat Frankfurt yang aku ingat. yang lain tu pengalaman naik free tram & shopping je lah. tapi memang tak boleh lupa lah betapa gelabahnya kitorang masa bangun tu. Boleh pulak terlepas bas kan. Sengal tul laaaa.. hahaha
See you in the next post!
Toodles!
No comments:
Post a Comment