Sunday, November 22, 2020

2 Days 1 Night (Season 3) | Variety Shows

 Hello!

Aku nak dedicatekan 1 post untuk my happy pills, 2 Days 1 Night (2D1N) team especially for the Season 3, sebab as you all know, sekarang dah masuk season 4, pada November lepas, setelah season 3 discontinued since early last year.



Aku started tengok show ni lepas tengok drama "Producer" lakonan Kim Soo Hyun, IU, Cha Tae-hyun & Gong Hyo-jin. Lepas drama tu habis, aku terus bantai marathon 2D1N ni daripada episod 1. Tapi season 3 je lah sebab aku tak minat sangat lineup Season 1 & Season 2. (aku sumpah tak minat Kang Ho Dong wehhh sebab dia loud sangat. pening kepala)

Sejak tu, rutin aku setiap hari isnin dengan selasa wajib tengok show ni. Kenapa isnin & selasa? Of course lah sebab nak tunggu yang English subbed. hakhakhak. Idok lah aku gigih sangat nak tengok yang raw tu. bukan paham sangat punnn..

Apa yang best nya tentang show ni, sebab dorang travel all over South Korea & buat permainan bodoh-bodoh yang confirm akan buat korang mengekek ketawa macam orang gila. Lepas tu, reward dorang adalah makanan & sleeping indoor. Seronok wehh tengok dorang struggle nak makan tu. lepas tu bila dorang tak dapat makan, dorang akan cuba macam-macam cara untuk mintak sikit daripada orang yang menang. tak kisah lah menyanyi ke, membodek ke pe.. yang penting dapat makan.. lepas tu paling best bila tengok dorang kena terjun pantai time musim sejuk as punishment. kelakar wehhhhh.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




Masa dorang buat Non-smoking special tu pun kelakar sebab Cha Tae Hyun sorang je yang tak hisap rokok, so bayangkan lah macam 5 lagi perokok tegar tu nak resist rasa nak merokok tu and bayang kan, tak dapat makan, tak dapat rokok lagi... lepas tu bila time dorang curi-curi makan snack masa tengah break. benci tauuu... masing masing sengal... hahaha



Tapi yang paling best sekali, chemistry antara dorang, especially Kim Junho & Kim Jong Min yang suka bergaduh tarik-tarik kepala, Cha Tae Hyun's contiguous laugh (Ko dengar je dia gelak terus rasa nak gelak even benda tu tak de lah lawak sangat or tah pape..HAHA) , Kim Joo Hyuk yang selalu awkward gila & sedih ramai orang tak kenal dia, Defconn yang selalu kena ejek sebab tak pernah ada first kiss & Jung Joon-Young (JJY) yang selalu lucky & selalu banyak trick nak menang game. Yang aku ingat, dia yang ajar his hyungs cara nak menang kalau main rock-scissor-paper & his tactic masa main game "air tuang atas kepala" , he managed to stop them sebelum air tu tumpah.






Aku baca dekat Soompi rasayanya, one of the reason dorang ni close sebab dorang selalu lepak sama-sama lepas shooting & Cha Tae Hyun selalu invite dorang datang rumah makan-makan so that dorang can maintain the chemistry and dorang even close dengan anak-anak Cha Tae Hyun yang comel tu. Haaa.. rindu nya with 3 Cha Siblings....πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”




Tapi, somewhere on November 2015, Kim Joo Hyuk left the show, sebab nak kahwin rasanya or nak focus on drama camtu lah. Dia diganti dengan Yoon Shi yoon (Dong Gu), yang aku tak kenal langsung even dorang cakap drama dia yang King Baking, Kim Takgu tu famous gila.hahaha.. tapi sumpahhhh tak minat or kenal wehh..

Me being me, kalau show yang I suka tu dah start tukar ahli, mesti nafsu nak tengok tu dah kurang sikit. and it happen to this show, towards the end to aku macam dah malas-malas sikit nak tengok dan kadang-kadang aku marathon je sebulan sekali tengok 4 episod terus. One of the reason maybe sebab aku tak minat si Dong gu tu kot. sebab dia macam try hard sangat mula-mula tu. ye lah sebab dia asyik kalah je & selalu kena buli, pastu tak kelakar. so macam.... errkkk... but I know dia tried his best to stay on the show, ye lah show ni consider macam national show kot kat south korea tu. kalau dia caused rating rendah memang kena kecam la.... but still.. aku tak minat dia..hakk!

Sept 2016, big scandal melanda JJY & he left the show for the first time, bout the sexual offence charges. JJY ni memang jenis yang rebel sikit dalam show ni ala-ala bad boy, rocker pulak tu. So, masa tau pasal scandal tu, aku tak terkejut sangat sebab dia ni..dadah pun aku rasa dia amek. Tapi.. he is one of the reason aku tengok show ni, sebab dia cute & handsome lah sikit. So bila he left tu, lagi lah aku malas nak tengok. His hyungs pun selalu teringat-teringatkan dia tiap kali dorang nak makan, mesti bahagi 6 even JJY tak ada.. comel kannnn.....

JJY joined back the show starting January 2017 setelah cleared off the scandal, masa tu...aku happy gila kottttt. ye lah ko akan lebih appreciate someone when he or she left kan. So sejak dia join balik tu memang without miss lah aku tengok show ni. Happy pills lah kata kannnn. 

October 2017, Kim Joo Hyuk meninggal akibat kemalangan, sedih wehhhhhhhhhhhhh...sumpah sedih.... berapa hari aku dok menangis tengok video pekebumian dia yang orang dok share dekat twitter & instagram. Paling kesian dekat girlfriend dia lah... dah lah nak kahwin dah wehhh.. Maaa ni pun sedih sebab JJY tak sempat nak pergi funeral Kim Joo Hyuk sebab masa tu dia tengah shooting for Law of Jungle kalau tak silap, ke rancangan apa tah kat tempat terpencil & tak ada internet coverage.. Lagi lah sedih wehhhhh..haaa.. special episode yang dorang buat khas untuk Kim Joo Hyuk pun sedih wehh, haaaa... semua sedihhhhhhhhh 😟😟😟

You'll always be missed & be remembered, Gootaeng Oppa πŸ’œ




Nak di jadikan cerita, hari perkebumian tu sama pulak hari dengan Song Song couple's wedding day. yang ni tak tau nak kesian ke pe sebab dah selamat divorced dahhhh...(hahaha...nak cerita jugak...)

March 2019, JJY permanently removed form the show because of the illegal sex video, Kakaotalk chatroom scandal & terpalit dengan burning sun case. Tapi kalau tengok balik kan, memang most of female guest yang join show ni, dorang tak suka sangat JJY ni. So aku syak kegiatan dia & the gang memang well known lah di kalangan artis, cuma tak kantoi je. The worst part ialah, bila tiba-tiba kecoh pulak kes golf gambling yang melibatkan Cha Tae Hyun & Kim Junho yang di kantoikan sendiri oleh KBS. 

Lepas je kes tu kecoh, terus 2D1N ni berhentikan secara mengejut, tak macam 2 previous seasons la siap ada farewell episode bagai, padahal Season 3 ni paling best kot rating dorang. Aku pulak, tak sempat nak sedih-sedih, habis macam tu je. HAHA

Masa tu, memang hari-hari aku bukak Soompi baca court progress. Sampai dah tak larat dah nak follow, tau-tau je JJY sentenced 6 years jailed, Cha Tae Hyun & Kim Junho announced hiatus untuk beberapa bulan.

After a few months, dorang mulakan season 4 with the new line up, cuma Kim Jong Min je yang kekal. Ye lah dia original member since season 1 kot. dah 13 tahun. Aku rasa lagi 10 tahun pun dia still ada dekat show ni. Jadi ahjussi ahjusii..πŸ‘΄πŸ‘΄πŸ‘΄

Untuk new season ni.. aku tak addicted sangat sangat tapi follow lah jugak every episode, maybe sebab dorang still baru dan belum ada chemistry lagi. Memang nampak awkward gila masa first few episodes tu. Kalau compare kan on the kelakar-ness, of course season 3 wayyyyyy lagi kelakar. Season 4 ni kelakar lah jugak tapi, masih dalam tahap biasa je. but.. ok laaaaaaaa..

Favourite aku untuk season 4 ni, Yeon Jung hoon, (suami si Han Ga in tuuuu), tapi Kim Seon Ho dengan Ravi pun aku suka jugakkk sebab handsome).. I hope new line up ni ok la sikit daripada previous one yang banyak scandal tu, especially Ravi, DinDin & Kim Seon Ho sebab dorang ni masih muda. Because 2D1N is a family show, so kalau ada scandal sikit je confirm akan affect the show. huuuuuu..


Ok lah, tu je nak share. Aku tak tau lah aku sedih ke pe but I miss dorang so badly, sebab tu aku rajin gila nak type panjang berjela ni.. kalau tak... memang jangan harap laaaaaa...HAHAHA

We'll see lah what will happen to Season 4 pulak.. 1bag 2illllllll.. Hee~✌





p/s : oh..by the way, lepas Cha Tae Hyun tak join dah 2D1N lagi ni, terus dapat tengok dia jadi guest on Kim Joong Kook punya show kat SBS. hahahaha...kira ada hikmahnya laaaaaa~


Toddles!
 

No comments:

[..Lovelies..]