Wednesday, November 11, 2020

Investigation Couple Season 2 (2019) | Drama Review

Release Date : June 3 - July 29, 2019
Runtime         : 30 mins per episode (32 episodes).
Genre            : Medical / Forensic / Mystery / Investigation
Country         : South Korea




Kalau korang dah tengok Investigation Couple season 1. Mesti korang tak sabar nak tengok season 2 kan? So let me review for it first before korang decide nak continue tengok atau tak ok?


Casts :


Pelakon utama untuk season 2 ni masih Jung Jae-Young as Dr. Baek & Jung Yoo-Mi as Prosecutor Eun Sol. Disebabkan season 1 best, semestinya aku ada expectation yang tinggi untuk season 2 ni. HAHA.

Stella & Detective Cha tak ada dalam season 2 ni sebab clash dengan drama lain. So, Stella di gantikan oleh Sally iaitu Kang Seung-hyun. The rest of the supporting actors sama je macam last season. 


Comment :


Dalam season 2 ni dorang dah tak banyak bergaduh sebab all of them dah biasa dengan rentak Dr. Baek ni. Kes Oh Man Sang daripada season 1 yang tak settle (cold case) tu bersambung dalam season ni. (tapi even dah season 2 pun, lambetttt gila nak selesai…hahaha). 

Selain tu, banyak lah jugak yang best kes lain yang best, macam kes suami isteri yang mati dalam kemalangan yang berbeza tempat & masa, tapi nak tau siapa yang mati dulu (even dah boleh agak dah siapa pembunuh sebab macam pernah tengok similar case macam ni.. tapi still best weh cara dorang nak determine time of death tu), Killing spree case yang stoking merah pun best jugak, kes anak yang kena tuduh bunuh mak dia (sedih wehh.. mak dia siap pesan dekat anak dia, kalau mak dia mati, buang je dekat mana-mana & jangan report, supaya dorang still dapat duit bantuan.. huuu) dan the main case of course lah yang melibatkan  Doctor K yang ada split personality tu.

Watak yang aku paling menyampah of course lah Prosecutor Gal. Sama lah dengan Assistant Prosecutor General Noh yang tak reti-reti nak bersara tu. Menyampah gilaaaaa... Ahjushii Noh tu masa season 1 ada lah rasa macam baik & comel sikit walaupun memnng dia tu sah-sah terima rasuah daripada ayah si Oh Man Sang, tapi dalam season 2 ni makin menjadi pulak annoying dia. kesian dekat Prosecutor Do Ji Han & his investigator. =.=


Recommendation : 


Sama macam season 1, kalau korang suka tengok autopsy & murder case, sangat digalakkan tengok drama ni. HAHA.. Psycho tak? tapi kalau nak compare kan, aku lagi suka season 1 kot berbanding season 2 ni, mungkin sebab aku dah ada benchmark untuk series ni. Tapi, don’t get me wrong, this is still one of the best kdrama yang aku pernah tengok & aku akan tetap promote to others sampai bila-bila. Lol!

Kudos to writer-nim & Director-nim for another excellent drama!! Can’t wait for season 3!!!


Rating :


8.0/10 (kurang 0.5 daripada last season.. Hekhekhek…)


Ok.. See you in the next post!


Toodles..


No comments:

[..Lovelies..]