Hello!
Aku nak dedicatekan 1 post untuk my happy pills, 2 Days 1 Night (2D1N) team especially for the Season 3, sebab as you all know, sekarang dah masuk season 4, pada November lepas, setelah season 3 discontinued since early last year.
Aku started tengok show ni lepas tengok drama "Producer" lakonan Kim Soo Hyun, IU, Cha Tae-hyun & Gong Hyo-jin. Lepas drama tu habis, aku terus bantai marathon 2D1N ni daripada episod 1. Tapi season 3 je lah sebab aku tak minat sangat lineup Season 1 & Season 2. (aku sumpah tak minat Kang Ho Dong wehhh sebab dia loud sangat. pening kepala)
Sejak tu, rutin aku setiap hari isnin dengan selasa wajib tengok show ni. Kenapa isnin & selasa? Of course lah sebab nak tunggu yang English subbed. hakhakhak. Idok lah aku gigih sangat nak tengok yang raw tu. bukan paham sangat punnn..
Apa yang best nya tentang show ni, sebab dorang travel all over South Korea & buat permainan bodoh-bodoh yang confirm akan buat korang mengekek ketawa macam orang gila. Lepas tu, reward dorang adalah makanan & sleeping indoor. Seronok wehh tengok dorang struggle nak makan tu. lepas tu bila dorang tak dapat makan, dorang akan cuba macam-macam cara untuk mintak sikit daripada orang yang menang. tak kisah lah menyanyi ke, membodek ke pe.. yang penting dapat makan.. lepas tu paling best bila tengok dorang kena terjun pantai time musim sejuk as punishment. kelakar wehhhhh.. 😆😆😆
Masa dorang buat Non-smoking special tu pun kelakar sebab Cha Tae Hyun sorang je yang tak hisap rokok, so bayangkan lah macam 5 lagi perokok tegar tu nak resist rasa nak merokok tu and bayang kan, tak dapat makan, tak dapat rokok lagi... lepas tu bila time dorang curi-curi makan snack masa tengah break. benci tauuu... masing masing sengal... hahaha
Tapi yang paling best sekali, chemistry antara dorang, especially Kim Junho & Kim Jong Min yang suka bergaduh tarik-tarik kepala, Cha Tae Hyun's contiguous laugh (Ko dengar je dia gelak terus rasa nak gelak even benda tu tak de lah lawak sangat or tah pape..HAHA) , Kim Joo Hyuk yang selalu awkward gila & sedih ramai orang tak kenal dia, Defconn yang selalu kena ejek sebab tak pernah ada first kiss & Jung Joon-Young (JJY) yang selalu lucky & selalu banyak trick nak menang game. Yang aku ingat, dia yang ajar his hyungs cara nak menang kalau main rock-scissor-paper & his tactic masa main game "air tuang atas kepala" , he managed to stop them sebelum air tu tumpah.
Aku baca dekat Soompi rasayanya, one of the reason dorang ni close sebab dorang selalu lepak sama-sama lepas shooting & Cha Tae Hyun selalu invite dorang datang rumah makan-makan so that dorang can maintain the chemistry and dorang even close dengan anak-anak Cha Tae Hyun yang comel tu. Haaa.. rindu nya with 3 Cha Siblings....😔😔😔
Tapi, somewhere on November 2015, Kim Joo Hyuk left the show, sebab nak kahwin rasanya or nak focus on drama camtu lah. Dia diganti dengan Yoon Shi yoon (Dong Gu), yang aku tak kenal langsung even dorang cakap drama dia yang King Baking, Kim Takgu tu famous gila.hahaha.. tapi sumpahhhh tak minat or kenal wehh..