Friday, October 30, 2020

Frankfurt, Germany | Europe Trip (2016) | Travel

Hello!

Selepas puas berjalan-jalan di Amsterdam, kitorang naik overnight bus dan terus gerak ke Frankfurt. Di sebab kitorang sampai Frankfurt Central Station pagi pagi buta, terpaksalah kitorang seret luggage dan lepak sekejap dekat the nearest Starbucks sementara tunggu kedai-kedai lain bukak dalm pukul 9.00 pagi. Tak ingatlah macam mana kitorang boleh tersampai awal sangat, maybe pakcik bus tu bawak 200km/h kot. Haha.

Mula-mula tak plan pun nak book hotel dekat Franfurt sebab kitorang nak buat day trip je, jalan-jalan around town kejap lepas tu naik overnight bus ke Zurich. Tapi, disebabkan cuaca sejuk sangat masa tu, kitorang booked lah jugak 1 bilik 3 katil dekat Frankfurt Hostel. Konon-konon just nak letak luggage & mandi sebelum ke Zurich.

Since memang plan nak day trip je, so dekat Frankfurt kitorang just strolling around dekat Frankfurt Central Station, pergi Euro Sign, Shopping dekat Primark (sebab my gloves asyik hilang & tinggal sebelah je..Lol) sampai I terpaksa beli 1 more luggage sebab beli barang banyak sangattttt...=.=




Habis shopping, kitorang pun balik hostel nak rehat sekejap & bersiap sebab tiket bas kitorang beli dalam pukul 8 malam kalau tak silap.

Tuesday, October 27, 2020

Amsterdam, Netherlands | Europe Trip (2016) | Travel

Hello!


First destination kitorang masa Europe Trip ialah Amsterdam. Ada banyak sebenarnya tempat yang kitorang pergi macam Dam Square, makan fries dekat Manneken Pis yang sedap gila tu, masuk Casino (Lol!) & Hard Rock and etc. Tapi aku nak share dengan korang 4 tempat ni je. sebab banyak dah benda tak ingat. huuu~


1) I Amsterdam
Jejak je kaki ke tanah, kitorang tinggalkan luggage dekat Manofa Hotel, dan terus gerak ke I Amsterdam sign yang terletak di di luar perkarangan Rijksmuseum.

Tapi sayang nya, I heard that the sign has been removed from there & reallocated. Untuk info tentang new location, korang boleh refer link bawah ni :
 










Wednesday, October 21, 2020

Bali Trip (2020) | Travel

 Hello!


Disebabkan aku belum jumpa the rest of our itinerary & details masa Europe trip dulu (Almaklumlah.......4 tahun lepas kannn..banyak gambar corrupted & info hilang) so, I 'm gonna skip that trip first and cerita about my trip to Bali instead....Kahhhh!


I went to Bali end of January this year for 4D3N so, the memories are still fresh & laju sikit aku nak type la konon. Disebabkan that was my 2nd time, so memang tak de lah rasa nak stay lama sangat. Just nak pergi those new attractions yang famous je. Last time aku pergi dalam tahun 2015, masa tu Bali pun tak ada apa-apa sangat.. Uluwatu Temple, Jimbaran beach, Kuta beach, Seminyak. tu je. Tapi sekarang berubah gila ok!

Masa kitorang pergi, obviously Covid-19 dah kecoh dekat China, but dekat Indonesia belum ada any cases.. Walaubagaimanapun, kitorang still berhati-hati lah masa dekat airport & pakai mask segala. Takut lah jugak bawak balik virus kan. dan Alhamdulillah kitorang selamat pergi dah balik. ❤

Tanpa melengahkan masa lagi, Marilah kita mula..


Accommodation:

Untuk Trip ni kitorang decided untuk bermalam dekat 2 tempat, 1 Hostel yang dekat dengan Kuta Beach dan lagi satu Villa yang terletak dekat area Jimbaran. Both places affordable gila wehh. We booked dekat Booking.Com & Airbnb. So korang boleh check out the link I provided below ok.


1) Cara Cara Inn (1 Night)

Address: Jl. Khayangan Suci, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

Phone: +62 361 4754888


Masa kawan aku tunjuk gambar hostel ni, tanpa ragu-ragu aku terus cakap ONZZZ! dan yang paling penting ada slide..haha. Kalau korang nak pergi Kuta Beach, Jamie Oliver's Restaurant atau Hard Rock,  jalan je dalam 10 - 15 minit. Dekat sangat.


Google Credit



Google Credit


Kitorang ambil bilik  untuk 4 orang, 2 bunk beds.. Bunk bed dia tak payah susah payah panjat.
Just naik je tangga dekat tepi tu. Best kan?




[..Lovelies..]