Hello!
First on our list for the Bali trip of course la Gate of Heaven, Pura Lempuyang Temple.
Sebelum pukul 4 pagi kitorang dah suruh supir ambil dekat Hostel siap dah check out terus angkut luggage HAHA. Sebab takut lambat nanti orang ramai. Haritu tengok dekat twitter ada orang share nombor giliran dekat seribu lebih. Gilaaaa.
Perjalanan patutnya memakan masa lebih kurang 3 - 4 jam daripada Kuta. Sedap lah berangan nak sambung tidur dalam van, tapi rupanya supir bawak laju gilaaaa ok. Nasib baik jugak kitorang datang on weekdays & bukan time public holiday... huhuhu.. Kitorang sampai sebelum pukul 6 pagi. Parking pun kosong. Yesss!!
Tiada harga yang ditetapkan untuk tiket masuk,hanya bayar ikhlas seadanya tapi, wajib sewa sarong berharga 10k Rp kalau korang tak bawak sarong sendiri.
Nak ke Lempuyang Temple ni, kena mendaki sikit dalam 5 - 10 minit daripada pintu masuk. Sikit je laaahh. Tapi korang tak payah lah beriya sangat nak pakai heels ye.. pakai flat sudehhhhh.
Sampai kat pintu masuk temple, kitorang di beri nombor giliran. No 2 ok! hahahahahahahah.. out of thousands (maybe). Gigih tak gigih laaaaa... berbaloi bangun pagi-pagi buta dapat nombor awal.
So kitorang tunggu je dekat tepi tu sementara pekerja-pekerja temple mengemas tempat sembahyang dorang & sementara menunggu matahari terbit. Ye lahhh...tak kan nak ambil gambar time gelap gelita kan.. Gunung Agung pun tak nampak lagi.
Dalam pukul 7 pagi macam tu, orang dah start ramai. lepas tu aku ada dengar sorang sami Buddha ni tanya dekat his supir "Kolam nya mana?" Lepas tu guide tu jawab.. "Kolam nya ngakk ada".......aku terus gelak wehhh. HAHAHA
Ye kawan-kawan sekalian, sila jangan tertipu. Reflection yang korang nampak dalam gambar-gambar gate to heaven tu bukan dripada kolam yang di penuhi air ye... hanyalah reflection daripada kaca je.. Photo tricks gituuu 😆😆😆

