Friday, November 27, 2020

Stranger 2 (2020) | Drama Review

Release Date : August 15 - October 4, 2020
Runtime         : 1 hr per episodes (16 episodes)
Genre            :  Mystery / Crime / Investigation
Country         : South Korea

Seperti yang aku janjikan, harini aku nak review Stranger 2, sequel drama Stranger yang ditayangkan 3 tahun lepas. Masih lagi berkisarkan tentang penyiasatan & kegiatan jenayah. Tapi, unutk season 2, kita dapat tengok pihak Prosecutor's Office bergaduh dengan National Police Agency. haaaa.. lain sikit lah daripada musim lepas. kan?



Casts :

Terdapat beberapa pelakon baru yang membintangi season 2 ni iaitu Ahjussi Choi Moo-Sung (ayah Park Bo Gum dalam Reply 1988) sebagai chief procecutor Woo Tae-Ha, Kim Young-Jae sebagai prosecutor  Kim Sa-Hyun, Jeon Hye-Jin sebagai Chief Choi Bit. Watak Procecutor Hwang Si Mok masih di lakonkan oleh perlakon sama, manakala watak Han Yeo-jin dalam season 2 ni dah naik pangkat daripada Lieutenant ke Inspector.





Comment :

Macam aku cakap dekat intro tadi, dalam season 2 ni 2 kuasa besar untuk unit siasatan ni bergaduh sebab satu pihak nak discretionary power over semua process penyiasatan, satu lagi pihak nak autonomous authority suring the investigation & independent from the prosecutor's office. So, agak susah lah untuk Prosecutor Si Mok & Inspector Han nak proceed the investigation. 

Sunday, November 22, 2020

2 Days 1 Night (Season 3) | Variety Shows

 Hello!

Aku nak dedicatekan 1 post untuk my happy pills, 2 Days 1 Night (2D1N) team especially for the Season 3, sebab as you all know, sekarang dah masuk season 4, pada November lepas, setelah season 3 discontinued since early last year.



Aku started tengok show ni lepas tengok drama "Producer" lakonan Kim Soo Hyun, IU, Cha Tae-hyun & Gong Hyo-jin. Lepas drama tu habis, aku terus bantai marathon 2D1N ni daripada episod 1. Tapi season 3 je lah sebab aku tak minat sangat lineup Season 1 & Season 2. (aku sumpah tak minat Kang Ho Dong wehhh sebab dia loud sangat. pening kepala)

Sejak tu, rutin aku setiap hari isnin dengan selasa wajib tengok show ni. Kenapa isnin & selasa? Of course lah sebab nak tunggu yang English subbed. hakhakhak. Idok lah aku gigih sangat nak tengok yang raw tu. bukan paham sangat punnn..

Apa yang best nya tentang show ni, sebab dorang travel all over South Korea & buat permainan bodoh-bodoh yang confirm akan buat korang mengekek ketawa macam orang gila. Lepas tu, reward dorang adalah makanan & sleeping indoor. Seronok wehh tengok dorang struggle nak makan tu. lepas tu bila dorang tak dapat makan, dorang akan cuba macam-macam cara untuk mintak sikit daripada orang yang menang. tak kisah lah menyanyi ke, membodek ke pe.. yang penting dapat makan.. lepas tu paling best bila tengok dorang kena terjun pantai time musim sejuk as punishment. kelakar wehhhhh.. 😆😆😆




Masa dorang buat Non-smoking special tu pun kelakar sebab Cha Tae Hyun sorang je yang tak hisap rokok, so bayangkan lah macam 5 lagi perokok tegar tu nak resist rasa nak merokok tu and bayang kan, tak dapat makan, tak dapat rokok lagi... lepas tu bila time dorang curi-curi makan snack masa tengah break. benci tauuu... masing masing sengal... hahaha



Tapi yang paling best sekali, chemistry antara dorang, especially Kim Junho & Kim Jong Min yang suka bergaduh tarik-tarik kepala, Cha Tae Hyun's contiguous laugh (Ko dengar je dia gelak terus rasa nak gelak even benda tu tak de lah lawak sangat or tah pape..HAHA) , Kim Joo Hyuk yang selalu awkward gila & sedih ramai orang tak kenal dia, Defconn yang selalu kena ejek sebab tak pernah ada first kiss & Jung Joon-Young (JJY) yang selalu lucky & selalu banyak trick nak menang game. Yang aku ingat, dia yang ajar his hyungs cara nak menang kalau main rock-scissor-paper & his tactic masa main game "air tuang atas kepala" , he managed to stop them sebelum air tu tumpah.






Aku baca dekat Soompi rasayanya, one of the reason dorang ni close sebab dorang selalu lepak sama-sama lepas shooting & Cha Tae Hyun selalu invite dorang datang rumah makan-makan so that dorang can maintain the chemistry and dorang even close dengan anak-anak Cha Tae Hyun yang comel tu. Haaa.. rindu nya with 3 Cha Siblings....😔😔😔




Tapi, somewhere on November 2015, Kim Joo Hyuk left the show, sebab nak kahwin rasanya or nak focus on drama camtu lah. Dia diganti dengan Yoon Shi yoon (Dong Gu), yang aku tak kenal langsung even dorang cakap drama dia yang King Baking, Kim Takgu tu famous gila.hahaha.. tapi sumpahhhh tak minat or kenal wehh..

Tuesday, November 17, 2020

Stranger (2017) | Drama Review

Release Date : June 10 - July 30, 2017
Runtime         : 1 hr per episodes (16 episodes)
Genre            :  Mystery / Crime / Investigation
Country         : South Korea

Drama ni ada nama lain, which is Secret Forest dan disebabkan aku baru lepas habis marathon drama Stranger 2, so, aku nak review dulu Stranger 1 dulu supaya nampak lah sikit kesinambungan nya. betul tak? Walaupun drama ni telah pada ditayangkan tahun 2017, aku rasa drama ni belum outdated lagi. Maksudnya kalau korang layan sekarang, masih relevant laaaaa..



Casts :

Drama ni dibintangi oleh pelakon utama Cho Seung Woo sebagai Procecutor Hwang Si Mok  & Bae Doo-Na sebagai Police Lieutenant Han Yeo-Jin. This is the second time aku tengok Cho Seung Woo berlakon, first drama dia yang aku tengok ialah Life, drama yang Lee Dong Wook jadi doctor tuuu... Bae Doo-Na pulak, if I'm not mistaken la, dah a few movies dah aku tengok dia berlakon macam Tunnel & The Host. and paling latest aku tengok dia berlakon drama Kingdom. Aku suka drama ni sebab bukan typical drama yang dilakonkan oleh hero & heroin yang kacak & cantik. Yang penting tak kayuuuuu dan berlakon best gilaaaa. Pelakon pembantu drama ni, rata-rata nya memang selalu nampak, macam Ahjussi Yoo Jae-Myung, Ahjussi Lee Kyoung-Young, Shin Hye-Sun, Lee Kyu-Hyung dan ramai lagi.

Comment :

Wednesday, November 11, 2020

Investigation Couple Season 2 (2019) | Drama Review

Release Date : June 3 - July 29, 2019
Runtime         : 30 mins per episode (32 episodes).
Genre            : Medical / Forensic / Mystery / Investigation
Country         : South Korea




Kalau korang dah tengok Investigation Couple season 1. Mesti korang tak sabar nak tengok season 2 kan? So let me review for it first before korang decide nak continue tengok atau tak ok?


Casts :


Pelakon utama untuk season 2 ni masih Jung Jae-Young as Dr. Baek & Jung Yoo-Mi as Prosecutor Eun Sol. Disebabkan season 1 best, semestinya aku ada expectation yang tinggi untuk season 2 ni. HAHA.

Stella & Detective Cha tak ada dalam season 2 ni sebab clash dengan drama lain. So, Stella di gantikan oleh Sally iaitu Kang Seung-hyun. The rest of the supporting actors sama je macam last season. 


Comment :

Friday, November 6, 2020

Pura Lempuyang Temple, Bali | Gate of Heaven | Bali Trip (2020) | Travel

Hello!

First on our list for the Bali trip of course la Gate of Heaven, Pura Lempuyang Temple.  

Sebelum pukul 4 pagi kitorang dah suruh supir ambil dekat Hostel siap dah check out terus angkut luggage HAHA. Sebab takut lambat nanti orang ramai. Haritu tengok dekat twitter ada orang share nombor giliran dekat seribu lebih. Gilaaaa.

Perjalanan patutnya memakan masa lebih kurang 3 - 4 jam daripada Kuta. Sedap lah berangan nak sambung tidur dalam van, tapi rupanya supir bawak laju gilaaaa ok. Nasib baik jugak kitorang datang on weekdays & bukan time public holiday... huhuhu.. Kitorang sampai sebelum pukul 6 pagi. Parking pun kosong. Yesss!! 

Tiada harga yang ditetapkan untuk tiket masuk,hanya bayar ikhlas seadanya tapi, wajib sewa sarong berharga 10k Rp kalau korang tak bawak sarong sendiri.

Nak ke Lempuyang Temple ni, kena mendaki sikit dalam 5 - 10 minit daripada pintu masuk. Sikit je laaahh. Tapi korang tak payah lah beriya sangat nak pakai heels ye.. pakai flat sudehhhhh.




Sampai kat pintu masuk temple, kitorang di beri nombor giliran. No 2 ok! hahahahahahahah.. out of thousands (maybe). Gigih tak gigih laaaaa... berbaloi bangun pagi-pagi buta dapat nombor awal.

So kitorang tunggu je dekat tepi tu sementara pekerja-pekerja temple mengemas tempat sembahyang dorang & sementara menunggu matahari terbit. Ye lahhh...tak kan nak ambil gambar time gelap gelita kan.. Gunung Agung pun tak nampak lagi.

Dalam pukul 7 pagi macam tu, orang dah start ramai. lepas tu aku ada dengar sorang sami Buddha ni tanya dekat his supir "Kolam nya mana?" Lepas tu guide tu jawab.. "Kolam nya ngakk ada".......aku terus gelak wehhh. HAHAHA

Ye kawan-kawan sekalian, sila jangan tertipu. Reflection yang korang nampak dalam gambar-gambar gate to heaven tu bukan dripada kolam yang di penuhi air ye... hanyalah reflection daripada kaca je.. Photo tricks gituuu 😆😆😆




Tuesday, November 3, 2020

Investigation Couple (2018) | Drama Review

Release Date : May 14 - July 17, 2018
Runtime         : 30 mins per episode (32 episodes).
Genre            : Medical / Forensic / Mystery / Investigation
Country         : South Korea


Kalau korang tengok hero cerita ni mesti tak menarik nak tengok sebab ye lah pelakon tua dan bukan stok handsome macam So Ji Sub atau Gong Yoo. Tapi.... don't judge a drama by the ahjussi ok. Sebab menyesal kalau korang tak tengok cerita ni... Best gilaaaa!

By the way drama ni ada nama lain which is Partner for Justice, So kalau korang nak google, boleh lah try serach nama ni, in case tak jumpa.




Casts :


Pelakon utama untuk drama ni ialah Jung Jae-Young as Dr. Baek & Jung Yoo-Mi as Procecutor Eun Sol. Actually, aku tak fond sangat with any of them, So masa first time tau pasal cerita ni aku bersifat neutral je lah. Tak excited sangat, which is good. Sebab aku tak ada any expectation pun..haha

Supporting actors yang lain, ramai jugak yang biasa tengok dekat drama, macam Lee Yi-Kyung, Park Eun-Seok, Stephanie Lee, Ahjussi Park Jun Gyu dan ramai lagi.


Comment :

[..Lovelies..]